Connect with us

Hi, what are you looking for?

Artis

Aina Abdul Atau Bunga Raya Juara The Masked Singer Malaysia

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam.

Aina, 27, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia terpaksa menyimpan rahsia hampir dua bulan disebabkan sudah menandatangani perjanjian.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini. Sangat susah saya nak tahan rahsia ini hampir dua bulan juga. Saya minta maaf pada semua keluarga, rakan dan peminat disayangi. Saya tiada niat nak tipu tapi, saya sudah tandatangan kontrak dan kena patuh. Maaf ya semua.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua pasukan produksi dan pasukan yang berada di belakang saya sepanjang program ini berlangsung. Semoga Allah SWT rahmati anda semua. Tidak dilupakan kepada Bunga Raya, kita berjaya lakukan. Alhamdulillah,” katanya.

Berada di tempat kedua adalah topeng Rajah Brooke iaitu Vanessa Reynauld dan tempat ketiga menjadi milik topeng Orang Utan iaitu Tuju K-Clique.

Selain itu, dua lagi peserta akhir pada program itu adalah topeng Wau iaitu Datin Alyah dan topeng Enggan, Vince Chong.

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Keluarga

Insiden bermula dengan provokasi iaitu menggunakan kelemahan individu dengan niat untuk menyakitkan hati atau menyindir boleh dikatakan salah satu ciri buli yang tidak nampak...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Gear

Selepas dua sesi prebiu eksklusif media diadakan di Tanjong Malim dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menguji teknologi dan prestasinya, model kenderaan utiliti sukan...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved