Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Biden Di Ambang Kemenangan Rumah Putih

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka selesai hari ini dengan calon Demokrat, Joe Biden, yakin dapat menewaskan penyandang, Donald Trump, selepas pengiraan undi dari Pennsylvania sebagai penentuan.

Ini berikutan dua hari selepas pilihan raya yang paling tegang sejak beberapa dekad lalu, di mana proses pengiraan undi dilakukan secara teliti.

Ia diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 yang semakin hampir mencapai kemuncaknya, sekali gus menyaksikan peningkatan ketara undi pos.

Biden, 77, dilaporkan hanya memerlukan undi daripada satu atau dua negeri lagi untuk meraih majoriti bagi merebut Rumah Putih.

Trump, 74, pula memerlukan gabungan kemenangan di beberapa negeri untuk terus kekal sebagai Presiden AS.

Dalam ulasan kepada wartawan di kampung halamannya di Wilmington, Delaware, Biden berkata pihaknya yakin segala-galanya adalah baik.

“Kami tidak ragu-ragu hingga semua pengiraan undi selesai, Senator (Kamala) Harris dan saya akan diumumkan sebagai pemenang, ” katanya.

Trump, yang mengejutkan dunia apabila memenangi pilihan raya presiden itu pada 2016 selepas pertama kali mencalonkan diri, dikatakan enggan menerima keputusan setakat ini.

Beliau mengecam berulang kali dalam pernyataan bertulis, mendakwa berlaku penipuan dan menuntut pengiraan undi dihentikan serta dijadualkan membuat satu kenyataan di Rumah Putih hari ini.

“Jika kamu menghitung undian yang sah, saya dengan mudah akan menang,” dakwanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ketika kempennya, namun tidak menyertakan bukti.

“Jika kamu mengira undian tidak sah dan undian yang diterima lewat, mereka akan meragut kemenangan daripada kami, katanya.

Biden, yang berjanji memulihkan negara selepas empat tahun pentadbiran Trump, meminta rakyat bertenang.

“Proses itu sedang berjalan, pengiraan (undian) akan selesai, kita akan ketahui segera,” katanya di Wilmington.

Demokrat kini mempunyai 253 daripada 538 undi yang diagih berdasarkan nisbah pengundi dalam kalangan 50 negeri di AS.

Sekiranya Biden menang di Pennsylvania, beliau akan memperoleh 20 undian pilihan raya, sekali gus melebihi 270 undi minimum yang diperlukan untuk menang secara keseluruhannya. – AFP

Artikel Berkaitan: Dunia

Sumber: Bharian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved