Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Galak Cungkil Bakat Baharu – Leong Mun Yee

Belanjawan sebanyak RM55 juta yang diperuntukkan termasuk untuk pembangunan sukan wanita di negara ini memperlihatkan kerajaan bersedia membuka lebih banyak peluang pencarian bakat di kalangan wanita.

Ia satu langkah awal untuk meneruskan kesinambungan atlet sedia ada yang akan menjadi pelapis kepada atlet sedia ada.

Bagi penerjun negara, Leong Mun Yee, dia yakin dengan peruntukan dana yang diberi itu akan menyaksikan lebih ramai atlet wanita dapat dilahirkan.

“Bajet yang diberikan itu boleh menggalakkan lebih ramai kaum wanita untuk mencuba sukan terutamanya terjun.

“Sebab jika ada bajet mesti lebih banyak program dapat dijalankan maka akan lebih banyak bakat baru dapat dicungkil untuk terus menggalakkan kaum wanita menjadikan atlet sebagai kerjaya,” katanya.

Sementara itu, bagi penyerang hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn gembira atas keprihatinan kerajaan menyalurkan belanjawan kepada atlet wanita dan juga hoki khasnya.

Ia pasti akan membantu pencarian bakat muda dan program yang dirancangkan iaitu Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) akan dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci.

“NHDP ini satu program yang amat baik sekali dan bagus untuk pembangunan skuad kebangsaan.

“Selepas ini setiap negeri akan ada pasukan hoki sendiri jadi lebih banyak banyak bakat baru akan dapat dikesan,” katanya.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved