Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Joe Biden bakal Presiden ke-46

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu dan mengejutkan dunia serta menyebabkan negara itu mengalami perpecahan paling teruk.

Rangkaian berita AS seperti CBS, NBC dan CNN melaporkan kemenangan itu selepas pengiraan undi di Pennsylvania menyaksikan Biden, 77, mendahului pengundian antara negeri untuk menentukan pemilihan presiden AS ke-46.

“Rakyat Amerika, saya rasa dihormati apabila anda mengundi saya untuk mengetuai negara hebat ini,” kata Biden dalam satu kenyataan.

“Tugasan menanti kita memang berat, tetapi saya menjanjikan kepada anda semua satu perkara iaitu saya akan menjadi presiden kepada semua rakyat AS, sama ada anda mengundi saya atau tidak. Saya mempunyai keyakinan untuk mempercayai anda.”

Bagaimanapun, Trump segera memberikan reaksi terhadap pengumuman itu dan mendakwa Biden tersilap mengisytiharkan dirinya sebagai presiden.

“Kita semua tahu kenapa Joe Biden tergesa-gesa dan tersilap mengumumkan dirinya sebagai pemenang dan media pula bersungguh-sungguh mahu membantunya. Mereka tidak mahu kebenaran didedahkan,” kata Trump dalam satu kenyataan.

“Fakta ringkasnya adalah pilihan raya ini jauh daripada selesai.”

Bagi Biden yang mencatatkan rekod dengan lebih 74 juta undian, kemenangan dalam pertarungan sengit ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 adalah pencapaian terhebat peribadi selepas terbabit hampir setengah abad dalam politik AS, termasuk lapan tahun sebagai timbalan kepada presiden kulit hitam pertama AS iaitu Barack Obama.

Keputusan itu menyaksikan Trump, 74, yang beberapa kali membuat kecoh dan menghentikan pengiraan undi kini muncul presiden satu penggal pertama selepas George H W Bush pada awal 1990-an.

Artikel berkaitan: Biden Di Ambang Kemenangan Rumah Putih

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Keluarga

Bagi mereka yang sudah membina bahtera rumah tangga pastinya inginkan zuriat secepat mungkin dan mengandung secara normal. Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved