Connect with us

Hi, what are you looking for?

Gear

Model Crossover Tujuh Tempat Duduk Mitsubishi Xpander Pada RM91,369

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) pengedar utama kenderaan Mitsubishi di negara ini mengumumkan harga rasmi model crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander pada RM91,369 (atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan).

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata sejak pra-tempahan ditawarkan pada 22 Oktober lalu, mereka sudah menerima lebih 2,000 unit pesanan sehingga ke hari ini.

“Model Xpander diterima baik di negara Asia Tenggara lain dan kini mula mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada pengguna di Malaysia dan syarikat sedang meningkatkan momentum kapasiti pengeluaran bagi diserahkan kepada pembeli dengan seberapa segera,” katanya melalui siaran media hari ini.

Model ini hanya didatangkan dengan satu varian serta empat pilihan warna iaitu Kelabu Titanium Metalik, Hitam Berlian, Putih Quartz dan Merah Metalik.

Xpander dibekalkan dengan enjin 1.5 liter MIVEC yang menghasilkan kuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm dan transmisi automatik empat kelajuan.

Sistem keselamatan dilengkapi dengan dua beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantu Permulaan Bukit (HSA).

Rekaan luaran ia didatangkan dengan gril hadapan ‘Perisai Dinamik’ adalah ciri signatur Mitsubishi untuk model-model terbaharu keluaran mereka.

Ia juga didatangkan dengan lampu posisi, lampu hadapan, kabus dan nyalaan siang (DRL), lampu belakang dengan pencahayaan bentuk L daripada LED.

Untuk saiz Xpander adalah yang terbaik dalam kelasnya dengan tinggi 1,730 milimeter (mm), panjang 4,475 mm, jarak roda 2,775 mm dan lebar 1,750 mm serta jarak kelegaan tanah 205 mm dan rim aloi 16 inci.

Untuk ruang dalaman dengan tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh penumpang dalam satu masa serta ruang simpanan bawah kerusi dan konsol tengah, kotak simpanan bawah lantai kargo dengan lampu, pengecas USB dan corong penyaman udara khusus buat penumpang belakang.

Mitsubishi Xpander mula diperkenalkan untuk pasaran Indonesia pada 2017, yang kemudian memasuki pasaran Thailand, Filipina, Vietnam dan kini di Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia Xpander dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Pekan, Pahang serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Pelanggan boleh melihat model ini dan memandu uji dengan mengunjungi ruang pameran pengedar sah Mitsubishi di seluruh negara bermula 20 November 2020.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved