Connect with us

Hi, what are you looking for?

Keluarga

Peluang Hamil Semula Jadi

Bagi mereka yang sudah membina bahtera rumah tangga pastinya inginkan zuriat secepat mungkin dan mengandung secara normal.

Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana kadangkala terdapat pasangan yang mempunyai cabaran untuk mendapatkan zuriat secara semula jadi.

Pengasas dan Perunding Kesuburan Metro IVF, Dr Tee Swi Peng berkata, jika pasangan yang baharu berkahwin dan berhasrat untuk mempunyai bayi dan hamil secara semula jadi tanpa bantuan teknologi reproduktif pasangan berkenaan mempunyai 30 peratus peluang untuk hamil.

Jelasnya, terdapat juga pasangan yang baharu berkahwin sudah pun hamil dengan cepat sinonim dengan panggilan bunting pelamin. Tidak kurang juga, masih mencuba untuk hamil selepas beberapa bulan berkahwin.

“Secara fisiologi, jika seseorang wanita mempunyai kitaran haid 28 hari biasanya waktu ovulasi berlaku pada hari ke-14.

“Sperma boleh bertahan selama tiga hari manakala telur wanita pula selama sehari. Tempoh waktu untuk hamil adalah tiga hari sebelum dan sehari selepas ovulasi iaitu hari 12 hingga 15 setiap kitaran haid,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa jam 4 pagi adalah yang paling baik dan beberapa kajian menyatakan sebelah petang.

Jelasnya, kajian lanjut menunjukkan tidak ada perbezaan. Jadi, pada asasnya, tiada masa yang tertentu untuk mengadakan hubungan kelamin supaya peluang untuk hamil adalah lebih tinggi.

“Hubungan kelamin yang kerap setiap dua atau tiga hari, maka setiap pasangan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hamil.

“Ia adalah aplikasi yang baik untuk mengetahui waktu ovulasi dengan mengambil kira tarikh terakhir haid anda dan pengiraan untuk hari ke-14 yang dirumuskan untuk anda,” katanya.

Katanya, aplikasi akan meminta anda untuk memasukkan data pada setiap bulan dan perkiraan diambil secara purata mengenai ovulasi yang bakal berlaku.

“Ia memang sesuai dan amat berguna kepada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap di antara 21 hingga 35 hari.

“Bacaan suhu badan akan dapat membantu kerana suhu badan akan meningkat kepada 0.25C apabila ovulasi berlaku,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha untuk mengambil suhu badan, ia perlu dilakukan pada setiap pagi atau sejurus selepas bangun daripada tidur, ambil bacaan suhu badan dan catatkan.

“Sekiranya terdapat peningkatan sebanyak 0.25C, ini bermakna ovulasi sudah berlaku. Jika wanita mengalami haid tidak teratur, aplikasi tidak dapat memberikan anggaran yang tepat.

“Wanita dikatakan mempunyai kitaran haid tidak teratur jika mendapat haid setiap tiga hingga empat bulan sekali, wanita berkenaan disarankan untuk mengambil bacaan suhu badan serta membuat carta pada setiap pagi dan sekiranya ada peningkatan suhu badan, ovulasi telah berlaku,” katanya.

Dr Tee berkata, cara yang lain adalah dengan penggunaan Ovulation Predictor Kit (OPK). Wanita amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut untuk mengetahui tahap kesihatan.

Katanya, pemeriksaan lanjut termasuk imbasan ovari dan kadar hormon dalam darah turut disarankan oleh doktor perubatan.

“Hormon lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kerana hormon wanita adalah untuk merangsang pengeluaran telur manakala lelaki pula merangsang sperma.

“Bagi lelaki, ia adalah penting untuk mengelakkan daripada terdedah kepada suhu yang tinggi sekitar bahagian skrotum,” katanya.

Tambahnya, apabila bayi hampir dua bulan sebelum dilahirkan, testis akan bergerak ke bawah dari bahagian dalaman badan.

“Jika bayi dilahirkan dengan skrotum masih di dalam, apabila dewasa kelak mereka mempunyai kualiti sperma yang rendah dan isu kesuburan.

“Ia adalah penting untuk memastikan persekitaran skrotum berada 4C di bawah suhu badan. Oleh itu, jangan memakai pakaian dalam yang ketat sebaliknya pilihlah seluar dalam yang longgar,” katanya.

Pakar itu berkata, ubat-ubatan yang digunakan untuk kemoterapi dan radio terapi harus dielakkan. Pelbagai pil tahan sakit juga turut memberi impak yang sama kerana ia menjejaskan ovulasi atau sperma yang berkualiti.

“Sekiranya anda perlu mengambil ubat tertentu, berbincang dengan doktor anda agar ia selamat untuk diambil.

“Berat badan juga berperanan dalam sistem reproduktif manusia. Seperti yang diunjurkan, bacaan berat badan melalui skala bacaan BMI yang mengambil kira berat badan dan ketinggian mestilah mempunyai bacaan antara 19 hingga 24.

“Walau bagaimanapun, jangan cuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau normal sekiranya anda bukan dalam kategori terbabit sebaliknya mencuba untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa wanita dilahirkan tanpa uterus disebabkan faktor kongenital atau keturunan dan keadaan sebegini, bidang perubatan mungkin tidak banyak dapat dibantu.

“Ia boleh disahkan doktor dengan melakukan imbasan ultra dan ia boleh mengesan keadaan rahim. Seorang wanita yang melalui proses pembedahan pada salah satu daripada ovari, ovari yang satu lagi masih boleh menghasilkan telur yang cukup dan mampu untuk hamil.

“Doktor boleh lakukan Antral Folikel Count menggunakan imbasan transvaginal dan mengira bilangan telur rizab atau baki telur dalam ovari.

“Jika bilangan baki telur lebih daripada lima, ia adalah satu petunjuk yang baik. Sekiranya ia adalah di bawah lima, wanita berkenaan tidak mempunyai telur yang cukup dan potensi untuk hamil yang agak rendah. Prosedur ini memerlukan bantuan daripada pakar perubatan,” katanya.

Jelasnya, jika pasangan cuba untuk hamil kitaran pertama, menurut kajian statistik peluang untuk hamil adalah 30 peratus. Jika anda cuba sepanjang tahun, 90 peratus daripada pasangan akan dapat hamil.

“Baki 10 peratus mungkin tidak dapat hamil dan memerlukan Assisted Reproductive Technology (ART) oleh pakar.

“Jika umur pasangan itu lebih daripada 35 tahun, ia berada pada tahap kesuburan merosot dan sekiranya berusia 40 tahun dan cuba untuk hamil selama tiga hingga empat bulan, dinasihatkan untuk merujuk dengan doktor untuk khidmat nasihat dan rundingan,” katanya.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved