Connect with us

Hi, what are you looking for?

Negara

PKP Di Sabah? – Ismail Sabri

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu kini bertukar menjadi zon merah Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengarahkan supaya mesyuarat jawatankuasa teknikal diadakan dengan mengambil kira nasihat dan SOP bersesuaian daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ada beza antara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jadi kita kena lihat secara terperinci SOP kedua-duanya.

“Kalau nak kenakan PKP, SOP perlu diperkenalkan semula dan ia wajar diwartakan oleh Peguam Negara.

“Jika kita sediakan SOP bagi PKP di Sabah, perlu dipertimbangkan sektor ekonomi, jadi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan diminta bersama MKN untuk lihat perkara ini secara terperinci,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman lanjut berhubung SOP dan langkah kawalan semasa di Sabah akan diumumkan selepas sidang khas MKN, Isnin ini.

Bagaimanapun, katanya, keputusan kerajaan setakat ini kekal untuk Sabah dikenakan PKPB, seperti sembilan negeri lain di Malaysia.

“Jika ada apa-apa keputusan, kita akan umumkan,” katanya.

Setakat 12 tengah hari semalam, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah ialah sebanyak 19,282 kes iaitu yang tertinggi di negara ini dengan sejumlah 1,199 kes baharu semalam.

Artikel Berkaitan: PKPB Dilanjutkan Sehingga 6 Disember Di Semua Semenanjung Kecuali Di Kelantan, Perlis Dan Pahang

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Keluarga

Bagi mereka yang sudah membina bahtera rumah tangga pastinya inginkan zuriat secepat mungkin dan mengandung secara normal. Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved