Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di Semenanjung dikenakan PKPB sehingga 6 Disember.
3 negeri yang tidak dikenakan PKPB
Menurut beliau, tiga negeri yang tidak dikenakan PKPB adalah Kelantan, Perlis dan Pahang.
“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
“PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Perkara itu diputuskan setelah melihat peningkatan Covid-19 yang ketara dan kadar jangkitan yang tinggi.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus berada di rumah dan mematuhi penjarakan sosial.
Untuk info lanjut tonton video di bawah:
Artikel Berkaitan: PKP Di Sabah? – Ismail Sabri
Sumber: xtra