Connect with us

Hi, what are you looking for?

Gear

Proton Lancar X50 Secara Rasmi

Selepas dua sesi prebiu eksklusif media diadakan di Tanjong Malim dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menguji teknologi dan prestasinya, model kenderaan utiliti sukan (SUV) X50 secara rasmi dilancarkan minggu ini yang dilakukan secara maya.

SUV kedua jenama Proton ini hadir dengan limpahan teknologi, rekaan yang menarik dan dua pilihan enjin turbo bagi disesuaikan dengan keperluan pembeli.

X50 bersaiz 4,330 milimeter (mm) panjang, 1,800mm lebar dan 1,609mm tinggi serta jarak roda dengan 2,600 rpm.

Ia didatangkan dengan lampu hadapan LED, lampu projektor dan ‘selamat datang’, lampu nyalaan siang (DRL), rim aloi 17 dan 18 inci (varian tertinggi), ekzos Quad berkembar, gril hadapan ‘Infinite Weave’, logo baharu Proton dan sentuhan dwiwarna.

Lampu belakang dengan rekaan menarik dan pintu kargo berserta spoiler tampil elemen sporty untuk SUV dalam segmen-B ini.

Untuk ruang dalaman, dwitona menyerlahkan rekaan kabin X50 yang elegan seperti sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci yang dilengkapi Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI).

Ini membolehkan sistem navigasi secara dalam talian, pengstriman muzik dan cuaca, ketersambungan telefon pintar dan arahan suara Hi Proton! dilakukan.

Ciri standardnya membabitkan roda stereng dengan fungsi tukaran mod pemanduan, kombinasi meter LCD warna penuh (dua varian teratas) dan ruang kabin dengan penapis udara N95.

Tempat duduk pula daripada material ‘Leatherette’ dan untuk pemandu, disertakan enam larasan elektrik, corong penyaman udara penumpang belakang serta tempat duduk yang boleh direbahkan untuk lebih ruang muatan.

Konsol tengah elemen krom ‘terapung’, untuk tuil gear, brek parkir elektrik dan penahan brek automatik, serta butang penyaman udara dua zon automatik (dua varian teratas) menyerlahkan gaya elegan model ini.

Untuk varian Flagship, ia turut ditawarkan dengan bumbung panorama yang menambah ciri dan gaya premium.

Proton X50 didatangkan dengan empat varian serta dua pilihan enjin turbo menerusi 1.5T Standard, 1.5T Executive dan 1.5T Premium dengan enjin 1.5 liter dan yang tertinggi, 1.5TGDi Flagship.

Ia dijana enjin 1,477cc, tiga silinder sebaris DOHC pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,500 hingga 4,000rpm (1.5L T) dan 177PS pada 5,500rpm dan tork 255Nm pada 1,500 hingga 4,000rpm (1.5L TGDi).

Trenkuasa dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac (DCT) lebih lancar dan efisien dengan mod manual serta tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport.

Enjin juga lebih senyap yang mengurangkan kesan Kekasaran, Gegaran dan Kebisingan (NVH) yang dilengkapi lebih 10 komponen untuk tujuan itu.

Proton X50 mampu memecut daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 7.9 saat.

Proton X50 juga menerima tahap keselamatan lima bintang melalui Program Penilaian Kereta Baharu Asian (Asean NCAP) dan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ia menawarkan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter untuk setiap 100k bagi enjin 1.5L T dan 6.4 liter untuk enjin 1.5L TGDi.

Suspensi hadapan daripada MacPherson Strut dan belakang ‘torsion beam’ adalah suspensi yang ditala semula oleh jurutera Proton merangkumi spring dan penyerap hentak serba baharu, bar anti olengan dan tayar lebih sesuai bagi diselaraskan dengan citarasa dan keperluan pelanggan di negara ini.

Selain prestasi, X50 antaranya didatangkan dengan pemanduan autonomi melalui Sistem Bantu Pemandu Termaju (ADAS) tahap 2.0, ciri Bantu Parkir Auto (APA), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan enam beg keselamatan SRS.

Ia juga ditambah sistem keselamatan terbaik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), kamera undur dan kamera 360 darjah.

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Snow, Perak Armour, Kelabu Jet, Biru Ocean, Oren Citric dan Merah Passion.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM79,200 (1.5T Standard), RM84,800 (1.5T Executive), RM93,200 (1.5T Premium) dan RM103,300 (1.5 TGDi Flagship).

Ia turut didatangkan dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB sebulan untuk lima tahun, lima kali servis dengan kos buruh percuma (untuk 30,000 unit tempahan pertama sehingga 31 Disember 2020) dan kadar faedah daripada 2.22 peratus setahun.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved