Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kesihatan

Ramai Terlupa Kepentingan Vitamin D

Ramai mengutamakan pengambilan vitamin C dalam diet harian kerana khasiatnya dapat meningkatkan sistem imun badan dan pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan.

Hinggakan ada yang terlupa kepentingan vitamin D, sedangkan ia juga ialah elemen perlu ada dalam tubuh.

Disebabkan kealpaan itu juga, semakin ramai didiagnosis kekurangan vitamin D.

Timbalan Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dziehan Mustapa berkata, vitamin D diperlukan untuk membentuk tulang yang kuat kerana membantu resapan kalsium dalam diet.

“Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh sendiri apabila kulit terkena cahaya matahari.

“Selain itu, ia (vitamin D) juga ada dalam bentuk semula jadi daripada pelbagai sumber makanan seperti sebahagian jenis ikan, minyak ikan, kuning telur, produk tenusu dan bijirin,” katanya.

Beliau berkata, individu yang mengalami kekurangan vitamin D berkemungkinan disebabkan beberapa faktor iaitu kurang pendedahan kepada matahari kerana keluar rumah ke tempat kerja sebelum matahari terbit.

“Bangunan pejabat pula terlindung daripada cahaya matahari.

“Ditambah ada dalam kalangan lelaki dan wanita memakai krim kulit harian yang mengandungi perlindungan sinaran ultralembayung (UV).

“Ada juga yang kurang gemar atau alah kepada kepada makanan laut dan tidak mengambil produk tenusu,” katanya.

Dziehan berkata, warga emas yang mengalami kekurangan vitamin D berpunca daripada keupayaan buah pinggang mereka untuk menukar vitamin D

kepada bentuk aktif sudah berkurangan dan itu meningkatkan risiko kekurangan vitamin berkenaan.

“Selain itu, individu obes yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) 30 atau lebih, turut sering mempunyai tahap vitamin D yang rendah dalam darah.

“Ini kerana vitamin D diekstrak daripada darah oleh sel lemak, menyebabkan pembebasannya ke dalam peredaran darah terganggu,” katanya.

Menurut Dziehan, antara gejala kekurangan vitamin D ialah rasa sakit tulang dan lemah otot.

“Bagaimanapun, kebanyakan individu tidak ketara mengalami gejala itu.

“Meskipun tanpa gejala, tahap vitamin D yang rendah dalam tubuh sebenarnya meningkatkan risiko kesihatan seperti kematian akibat penyakit kardiovaskular, masalah kognitif orang dewasa dan serangan asma yang teruk dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Jelasnya, ujian darah boleh dilakukan untuk mengukur tahap vitamin D dalam badan.

“Tahap 20 nanogram (ng) atau mililiter (ml) hingga 50ng atau ml dianggap mencukupi bagi individu sihat.

“Rawatan untuk kekurangan vitamin D juga boleh dilakukan dengan cara mengambil lebih banyak vitamin itu menerusi diet atau produk makanan tambahan,” katanya.

Kata Dziehan, doktor yang merawat akan menentukan dos vitamin D yang diperlukan individu berdasarkan keputusan ujian darah.

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Artis

Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam....

Negara

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datul Seri Ismail Sabri memaklumkan kesemua negeri kecuali tiga negeri yang disenaraikan di...

Negara

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak menolak kemungkinan perkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Sabah susulan situasi semasa menyaksikan hampir keseluruhan daerah di negeri itu...

Dunia

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi pilihan raya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan era pemerintahan Donald Trump yang menggemparkan politik negara itu...

Copyright © 2020 Mews.my . Mygi Global [002671991-H] . All Rights Reserved